|
Sweet Owner Welcome to my blog! Shut your mouth off and enjoy my blog Rotten Lyrics! Lyrical Time Stepfoots! Credits!
| AHLAN WASAHLAN ILAL MISR!!
actually dah masuk sebulan aku di bumi anbiya' ni
setelah 14 jam dalam flight
apa yang aku nampak hanya malam
tidur, malam..
bangun tidur, malam jugak?!
memang meletihkan!!
masa kat KLIA,
aku dapat pengalaman yang pahit
bila luggage aku melebihi limit
puas jugak aku fikir,
apa yang aku nak buang??
dalam otak aku, aku nampak tong sampah ja
tapi, bila fikir
barang-barang tu hasil daripada zakat yang saudara-mara aku bagi,
aku mula fikirkan inisiatif lain
fortunately,
staf-staf dari JZNK yang urus kami banyak menolong
Alhamdulillah
luggage aku lepas jugak tanpa buang apa barang sekalipun
bila kami dah nak check in
sebak jugak la hati ni
sebab family aku tak boleh hantaq disebabkan masalah tertentu
bila family kawan-kawan yang lain lambai diorang,
air mata aku serta-merta jatuh
bukan sebab menyesal mama, abah dengan adik-adik tak hantaq aku
tapi, sebab aku dah mula rindu diorang!!
ok!!
dah tak nak ingat saat-saat yang sedih tu
actually
excited gilerr sebab first time naik kapal terbang
dah tak ada muka yang sedih-sedih tadi
semua muka ceria
sebab masing-masing first time naik flight!!
then, kmi transit kt bangkok sejam
muka masing-masing dah letih
maklumlah, memang dah lewat malam
'ikut jam malaysia'
then, kami sambung perjalanan kami
bila kami sampai sahaja Cairo Airport,
senior-senior dah pun menunggu kami
kami disambut baik!
bila kami keluar untuk naik bas
kami tak dapat membezakan suhu dalam airport dengan suhu Kaherah
memang sejuk!
gambar-gambar ni aku ambil semasa dalam perjalanan untuk ke Rumah Kedah, Hayyu Sabei'
kami singgah sebentar di Asyir untuk letak barang-barang ikhwah
begitulah suasana bila senior yang angkat barang-barang kami sampai ke rumah
malahan, sampai ke bilik
ukhuwah kami di sini memang sangat rapat
bukan sekadar sesama kawan
malahan dengan senior sekalipun
mudah-mudahan
ukhuwah ini akan berkekalan sehingga ke syurga
Insya-Allah!
|